Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat (kanan) dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen membuat tinjauan di Jalan Perindustrian Rawang (FT3209). Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

ADN: Jalan Perindustrian Rawang bakal naik taraf tahun ini

SHAH ALAM, 5 JAN: Jalan Perindustrian Rawang dekat sini bakal dinaik taraf tahun ini, kata Ahli Dewan Negeri Rawang.

Chua Wei Kiat berkata proses tersebut menelan belanja kira-kira RM445 juta melalui peruntukan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kepadatan lalu lintas di laluan dari Plaza Tol Rawang hingga kawasan bandar.

“Jalan ini menjadi isu utama penduduk lebih 20 tahun. Oleh itu, saya dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berusaha yang terbaik memastikan projek ini diteruskan.

“Hasil pertemuan terkini dengan Jabatan Kerja Raya, mereka mengesahkan jalan ini akan dinaik taraf dan sedang dalam proses melantik kontraktor untuk pelaksanaan,” katanya menerusi Facebook.

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu akan bermula dengan kerja awalan seperti ukur tanah, reka bentuk dan penilaian serta prosesnya dijangka mengguna kaedah jalan bertingkat.


Pengarang :