Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri menyumbang mesin kacau dodol kepada Kampun Nelayan, Telok Gong pada 31 Disember 2020. Foto: Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

ADN sumbang mesin kacau dodol, bantu penduduk jana pendapatan

SHAH ALAM, 2 JAN: Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang menyumbang mesin kacau dodol kepada penduduk Kampung Nelayan, Telok Gong bagi menjana pendapatan baharu, kelmarin.

Azmizam Zaman Huri berkata sumbangan berkenaan membolehkan golongan ibu menghasilkan produk dodol untuk ditempatkan di pasaran.

“Ini sebagai usaha membantu penduduk menjana sumber pendapatan selepas berlakunya pandemik Covid-19.

“Kita mahu bantu penduduk meningkatkan ekonomi keluarga dan sekitar. Diharap sumbangan ini akan memberi semangat kepada penduduk,” katanya menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat N46 Pelabuhan Klang, malam tadi.

 


Pengarang :