EXCOSELANGOR

Ahli SMUE terima manfaat khairat kematian, baucar beli-belah

SHAH ALAM, 6 JAN: Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bakal menerima dua jenis manfaat mulai tahun ini, kata EXCO kesejahteraan bandar.

Rodziah Ismail berkata inisiatif tersebut ditambah baik menerusi sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 dan baucar beli-belah RM100 kepada golongan layak.

“Kerajaan Negeri komited berkongsi hasil negeri untuk rakyat. SMUE memastikan golongan layak menerima manfaat semasa hidup dan selepas kematian,” katanya sambil memaklumkan setakat ini SMUE menerima 4,879 permohonan.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan bantuan khairat kematian yang diberhentikan pada Mei 2019 disambung semula mulai tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima bantuan RM500.

Kerajaan Negeri juga menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.


Pengarang :