ADNSELANGOR

Ahli Tawas diminta tebus barangan kembali ke sekolah

SHAH ALAM, 3 JAN: Seramai 1,854 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik disenarai sebagai penerima sumbangan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Ahli Dewan Negeri Najwan Halimi berkata bagaimanapun setakat hari ini hanya 550 orang sahaja baru menebus barangan tersebut.

“Kita mengalu-alukan penjaga ahli Tawas iaitu murid tahun satu yang bakal memulakan sesi persekolahan hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik untuk mengambil sumbangan ini,” katanya ketika dihubungi.

Najwan berkata pusat khidmat itu dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 5 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

“Berikutan kita masih dalam situasi pandemik Covid-19 saya mencadangkan agar anda semua patuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika hadir untuk tebus,” jelasnya.

Menurutnya, serahan berupa beg sekolah, alat tulis, bekas makanan dan botol air.


Pengarang :