Kelihatan orang ramai melakukan aktiviti seperti biasa berhampiran benteng penahan ombak biarpun hujan melanda ketika tinjauan di pesisiran Pantai Sabak, Kota Bharu pada 26 November 2019. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran cuaca buruk, waspada di beberapa negeri sehingga esok

KUALA LUMPUR, 4 JaN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.15 pagi memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), manakala Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat.

-BERNAMA


Pengarang :