Penyerahan sumbangan RM500,000 oleh Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Kerajaan Terengganu melalui Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 26 Januari 2021. Foto Facebook Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
AGENDANASIONAL

Bantuan banjir: MB Pahang, Terengganu hargai keprihatinan Selangor

SHAH ALAM, 26 JAN: Menteri besar Pahang merakamkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Selangor yang menghulurkan bantuan banjir kepada negeri itu.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan sumbangan sebanyak RM1 juta memberi makna besar untuk
memulihkan semula kawasan terjejas.

“Berdasarkan anggaran, Pahang memerlukan dana hampir RM60 juta untuk membaik pulih kerosakan infrastruktur, rumah serta membantu meringankan beban 14,000 rakyat terjejas.

“Sumbangan besar atau kecil bukan ukuran, apa yang penting tanda ingatan atas semangat persababatan yang dihulurkan Selangor,” katanya menerusi sidang video bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Perasaan sama dikongsi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menerima RM500,000 bagi membantu penduduk terkesan di negerinya.

“Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan terima kasih, dengan jumlah ini pelbagai bantuan dapat dihulurkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Pada 20 Januari, Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM2 juta kepada tiga negeri pantai timur yang terjejas.

Sejumlah RM1 juta disumbang kepada Pahang manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing menerima RM500,000.


Pengarang :