Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN /SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATPILIHAN MINGGUANRENCANA

Belanjawan Selangor 2021 perkasa ekonomi rakyat

SHAH ALAM, 8 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk anggaran perbelanjaan RM2.32 bilion dalam Belanjawan Selangor 2021 dengan RM1.103 juta atau 47 peratus untuk pembangunan.

Namun, pandemik Covid-19 yang bermula tahun lepas telah menyebabkan banyak aktiviti dan perancangan terpaksa dihenti, tergendala atau disemak semula. Kegiatan perdagangan, pertandingan sukan, sesi persekolahan hatta percutian dan perkahwinan terjejas akibat wabak.

Bagi mendepani cabaran ekonomi semasa, Kerajaan Negeri mengekalkan momentum kedudukan kewangan yang kukuh dan berdaya tahan, lengkap dengan analisis serta perkiraan menyeluruh dengan mengambil kira kebaikan kepada tiga perkara utama iaitu rakyat, komuniti perniagaan dan pembangunan ekonomi.

Bertema “Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat”, Belanjawan Selangor 2021 menggariskan lima strategi. Tiga daripadanya akan diterbitkan minggu depan, strategi satu dan dua seperti berikut:

Strategi 1: Agenda Digitalisasi Selangor Pemangkin Negeri Pintar Ulung

Pendigitalan

  • RM369 juta diperuntuk dari dana Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan agenda Negeri Pintar Ulung
  • Bertujuan menggerakkan ekonomi secara menyeluruh menerusi transformasi sistem perkhidmatan, sosial, perniagaan dan keusahawanan, penciptaan nilai serta bidang seni kreatif
  •  Agenda digitalisasi Selangor akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat menerusi program padanan bakat. Ia menjadi kunci bagi mendepani cabaran pengangguran akibat Covid-19
  •  Ia juga sebahagian agenda mencipta sumber pendapatan baharu untuk Kerajaan Negeri berlandas prinsip ‘tiada siapa tercicir’ (no one will be left behind)

Inisiatif Smart Selangor (Smart State)

  • Jawatankuasa Tetap (Standco) Smart Selangor yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar dibentuk bagi memastikan pelaksanaan inisiatif secara lebih menyeluruh dengan penglibatan semua agensi
  • Pusat kawalan Smart Selangor C5i Centre ataupun ara-han (command), kawalan (control), komunikasi (communications), komputer, Collaborative and Intelligence Centre dalam peringkat akhir pembinaan di Dewan Jubli Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Pusat ini akan menjadi infrastruktur utama berasaskan jaringan internet Gigabit dan Tier-4 ready Cloud Data Centre yang akan memaparkan jaringan kamera litar tertutup (CCTV) baru Kerajaan Negeri, papan pemuka (dashboard) operasi Smart Selangor dan juga akan mengupayakan operasi pemusatan data, operasi kawal dan perintah (Command and Control) di antara agensi negeri, PBT dan agensi-agensi lain
  • Dianggar 2,000 unit CCTV dipasang di seluruh negeri dengan projek rintis 100 unit di pusat bandar Shah Alam untuk mewujudkan konsep Bandar Selamat

Kerajaan Pintar (Smart Government)

  • Inisiatif Digital Government Approval atau pendigitalan operasi akan diperkenal
  • RM2 juta untuk pembangunan Pendigitalan operasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi mengurangkan tempoh penghantaran dokumen pindah milik dan pembangunan pusat pemulihan data
  • ‘Smartbox’ yang ditambah baik daripada ‘Dropbox’ mencatat kutipan RM2.8 juta bersamaan lebih 12,000 transaksi hingga 24 Ogos 2020

    Kakitangan kerajaan Nur Hidayah Mohd Hanib melakukan demonstrasi pada perasmian sistem ‘Smartbox PTGS’ di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 24 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
  • SmartSel akan melaksanakan projek rintis 5G di Bangunan SUK 1 bersama Bahagian Pengurusan Maklumat dengan peruntukan RM3 juta

Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK)

  • Pelaksanaan PRODUTK membantu mengurangkan kos syarikat industri kecil sederhana (IKS) menuju ke arah pendigitalan dan Revolusi Industri 4.0 menerusi urus tadbir tenaga kerja
  • Syarikat penyedia perkhidmatan secara percuma kepada syarikat PKS yang mendaftar bermula pada 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020
  • Syarikat PKS boleh memilih untuk meneruskan penggunaan sistem tersebut dengan kadar ditetapkan syarikat pemberi perkhidmatan selepas tiga bulan

Dana Inovasi Selangor

  • Dana awal RM100 juta bagi menyokong perkembangan syarikat pemula yang strategik dan berpotensi untuk diberi pelaburan modal teroka (venture capital)
  • Inisiatif ini berpotensi sebagai pendukung kepada pakej rangsangan ekonomi ketiga
  • Akan melengkapkan inisiatif latihan usahawan oleh Majlis Teknologi Makkumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) di bawah program Brand 100 yang melahirkan hampir 500 startups sehingga kini

Selangor Advance

  • Tambahan RM30 juta menjadikan dana keseluruhan berjumlah RM130 juta
  • Dilaksanakan dengan modal awalan RM100 juta semasa pakej rangsangan ekonomi ketiga yang diumum pada 13 Julai 2020
  • Hampir RM75 juta dicairkan bagi membiaya usahawan, pembekal serta kontraktor pelbagai peringkat

Selangor Kerjaya

  • Menyediakan 10,000 peluang pekerjaan melalui kaedah membina kemahiran baharu, peningkatan kemahiran dan kemahiran semula (new skill, upskilling dan reskilling)
  • Sasar penglibatan graduan lepasan institusi pengajian tinggi, lepasan sekolah termasuk vokasional dan tenaga kerja yang diberhenti
  • Selangor Kerjaya dengan latihan kemahiran baharu (new skill), tingkat kemahiran (upskilling) dan pulih kemahiran (reskilling) merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri mengurangkan pengangguran sekali gus membasmi kemiskinan. Foto ARKIB SELANGORKINI

    Sistem profail dan pangkalan data pengurusan bakat serta tenaga kerja dapat menyelesaikan isu ketidakseimbangan kemahiran dan ketidakpadanan pekerjaan pasaran buruh

  • Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 menerima 9,969 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 15 September membabitkan 105 majikan
  • Sehingga 9 Disember 2020, seramai 111 calon mendapat kerja manakala 642 lagi dipanggil temu duga kali kedua
  • Lokasi jelajah meliputi Kuala Selangor, Gombak, Sungai Buloh, Hulu Langat dan Shah Alam

Selangor Automotif TVET

  • Cadangan padanan kerja antara 3,000 graduan TVET teknologi automotif dan bengkel automotif sekitar negeri
  • Graduan yang mengikuti bengkel menerima bantuan dalam bentuk caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama setahun
  • Akan dikendalikan Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC)

Rakan Digital Selangor

  • Melantik 1,000 duta untuk membiasakan rakyat kepada aplikasi digital
  • Membantu lebih ramai peniaga mikro dan PKS, warga emas dan belia berpendapatan rendah (B40) mengamalkan pendigitalan untuk meningkatkan pendapatan

Selangor Freelancers

  • RM76 juta diperuntuk MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan jangkaan penciptaan 15,000 peluang pekerjaan
  • Bertujuan membina kesedaran dan insentif untuk rakyat menggunakan kemahiran untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan sambilan (freelancing)
  • Menyasarkan graduan lepasan institut pengajian tinggi, tenaga kerja yang diberhenti kerja dan suri rumah

WiFi & Data Internet Selangor

  • Memperkenalkan inisiatif Data Internet Selangor dan meneruskan program WiFi Smart Selangor melalui peruntukan RM17.5 juta
  • Hampir 54,000 pengguna menerima manfaat dengan keutamaan kepada mahasiswa, ibu tunggal, dan golongan B40

    Orang ramai mencuba perkhidmatan Wi-Fi Smart Selangor. Foto SELANGORKINI
  • Menyediakan sambungan internet mudah alih mampu milik yang dipakej dengan pembelajaran dan keusahawanan
  • Tahap perkhidmatan dinaik taraf meningkatkan keberkesanan WiFi
  • Menyusun semula penempatan WiFi kepada kluster yang lebih memerlukan seperti perumahan, institusi pendidikan, kesihatan, pusat komuniti, pengangkutan, sukan dan rekreasi
  • Terdapat lebih 3,600 WiFi Access Point (AP) Smart Selangor ditempatkan di lokasi strategik sejak awal 2020

Selangor e-Dapur 2.0

  • Program diperluas selepas mencatat kejayaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac 2020

e-Pembekalan Peruncit Mikro dan Kecil

  • Bertujuan membantu peruncit mikro dan kecil meluaskan perniagaan dengan peruntukan RM15 juta melalui pinjaman Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)
  • Sasar membantu 1,000 peruncit kecil menerusi pinjaman mikro kredit untuk membeli stok (bekalan) dan menggunakan kaedah digital untuk percepat proses pesanan serta bayaran

Selangor e-Sukan

  • RM3 juta diperuntuk bagi mengembangkan bidang e-sukan dengan sasaran golongan anak muda
  • Memangkin ekosistem e-sukan dengan penganjuran acara kejohanan amatur, latihan dan bimbingan
  • Selangor muncul negeri pertama menganjurkan Permainan Siber Selangor (SCG) versi Duduk Di Rumah ketika PKP dan menerima sambutan hangat

Strategi 2 : Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

  • Diteruskan dengan peruntukan RM62 juta
  • Pemberian RM200 sebulan selama setahun untuk golongan ibu dari kumpulan B40 membeli barangan keperluan asas

Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT)

  • Membantu ibu tunggal pelbagai kaum yang terjejas akibat Covid-19 berikutan penamatan kontrak, penutupan perniagaan atau mendapat cuti tanpa gaji
  • Sebanyak 5,000 penerima disediakan

Sukarelawan: Jiran Baik, Jiran Yang Peduli

  • Program dimulakan dalam talian semasa PKP bagi mengatasi keciciran bantuan akibat ketidakupayaan umpamanya warga emas yang tinggal bersendirian
  • RM300,000 bagi menambah baik dan memperluas program kepada warga emas, wanita dan kanak-kanak

Ketua Komuniti India (KKI)

  • Perkhidmatan KKI ditambah, daripada 48 kepada 62 orang. Mereka menerima elaun bulanan dan peruntukan program

Pembangunan Orang Asli

  • RM500,000 bagi menaik taraf kediaman dan menyediakan kemudahan prasarana di perkampungan
  • RM500,000 bagi melaksanakan pewartaan ke atas tanah-tanah perkampungan Orang Asli

Kesihatan

  • RM56.5 juta diperuntuk secara keseluruhan, meningkat 23 peratus berbanding RM46 juta pada 2020
  • Komitmen Kerajaan Negeri memperkasa sektor kesihatan awam dan mewujudkan Selangor yang sihat serta sejahtera Kesihatan Awam
  • RM1.5 juta bagi aktiviti dan promosi gaya hidup sihat bagi mengatasi tiga risiko utama penyakit kardiovaskular iaitu kencing manis, hipertensi dan kadar kolesterol tinggi
  • RM1 juta bagi meneruskan program Insentif Rawatan Tibi dengan sasaran 2,500 pesakit
  • PBT dianjur untuk bersama-sama dalam usaha pencegahan dengan mengembangkan fungsi Unit Kesihatan sedia ada menjadi Unit Kesihatan Awam

Mengawal pandemik

  • RM5 juta bagi usaha kawalan dan pencegahan denggi

Skim Insurans Peduli Sihat

  • RM42.5 juta bagi memberi manfaat kepada 85,000 pemegang polisi
  • Merangkumi kombinasi rawatan pesakit luar dan manfaat insurans asas
  • Membantu golongan berpendapatan rendah mendapat rawatan terbaik

    Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Skim Insuran Peduli Rakyat kepada penerima selepas sidang media di Dewan Annex, Shah Alam pada 15 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
  • Kemudahan insurans asas meliputi perlindungan disebabkan kematian, penyakit kronik, khairat kematian dan hilang upaya kekal di samping kemudahan rawatan pesakit luar di klinik swasta
  • RM1 juta bagi program Peduli Sihat Penjawat Awam yang memanfaat penjawat awam Gred 44 dan ke bawah
  • RM5 juta untuk Bantuan Sihat Selangor (BSS) membantu golongan B40 mendapatkan bantuan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil atau alat-alat perubatan

Dasar Mesra OKU

  • Peranan Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) dipertingkat ke arah mencapai sasaran Selangor negeri mesra OKU
  • RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan pemberdayaan OKU meliputi inisiatif berikut:
    *Bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS): pembelian alatan sokongan, ubat-ubatan dan nutrisi tambahan
    *Didik AnIS: insentif terapi pemulihan anak-anak istimewa
    *Cikgu AnIS: kursus latihan asuhan anak-anak istimewa
    *Kelas AnIS: seminar kesedaran untuk kumpulan sokongan ibu bapa anak istimewa

Program Bank Makanan (Food Bank)

  • RM6 juta untuk program Bank Makanan ke seluruh 56 DUN
  • RM1 juta untuk Bank Makanan Kanak-Kanak yang menyasarkan kanak-kanak bawah enam tahun keluarga B40

Kediaman Komuniti Emas

  • Kediaman komuniti bersepadu untuk warga emas yang digabung dengan ruang jagaan kanak-kanak
  • Selgate Healthcare bekerjasama dengan Medivoque untuk mengubah suai Hotel De Palma, Ampang bagi menawarkan kediaman “independent and assisted living” yang lengkap prasarana kesihatan beserta akses penjagaan dan pemantauan sekeluarga
  • Inisiatif ini memberi banyak faedah kesihatan kepada pesakit alzheimer Skim Mesra Usia Emas 2.0 (SMUE 2.0)
  • Bantuan khairat kematian kepada waris warga emas yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) diwujudkan semula dengan nilai RM500
  • Peruntukan Jom Shopping SMUE ditambah RM7.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM27.5 juta

Wanita dan keluarga

  • Sebanyak RM71.3 juta bagi meneruskan agenda memperkasa wanita dan keluarga

Pengarusperdanaan gender

  • RM1.8 juta bagi menggiatkan program peringkat ne-geri menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB)

    Peserta bergambar ketika Majlis Pelancaran dan Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender (GM) Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Majlis Wanita Selangor (ManiS)

  • Ditubuh bagi yang menghimpunkan semua agensi pembangunan wanita dan badan bukan kerajaan untuk mengkaji serta merangka dasar pemberdayaan wanita dari segi ekonomi, sosial, politik dan budaya

Hab Wanita Berdaya

  • RM3 juta kepada Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB) bagi melaksanakan pembangunan ekonomi khusus untuk wanita berpendapatan rendah dan ibu tunggal pada peringkat daerah
  • Hab ini dibangunkan dengan kerjasama pelbagai agensi dan badan kerajaan

Kerja dari rumah, Tanjung Suri dan Ekspo HaSSel

  • RM200,000 untuk golongan wanita mengikuti program khusus iaitu ‘Work From Home’ yang berjaya melancarkan satu produk khusus pada Mac 2020 iaitu Tanjung Suri
  • RM300 diperuntuk untuk penganjuran Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) 2.0 selepas kejayaan penganjuran yang menarik lebih 5,000 pengunjung, 62 reruai pameran dan 100 produk

Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika

  • RM2 juta untuk inisiatif Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika
  • Data persatuan tadika di seluruh negeri menunjukkan 2,039 tadika terjejas kerana tidak dapat beroperasi dalam tempoh pandemik Covid-19

Pemantapan Institusi Agama Islam

  • RM377.77 juta untuk memantapkan kemajuan insitutisi agama Islam demi kesejahteraan ummah
  • Peruntukan termasuk inisiatif caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), peruntukan mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), peruntukan pembangunan Jais, peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan membaik pulih masjid dan surau di seluruh negeri

Caruman Perkeso Guru Kafa

  • RM1.1 juta sebagai caruman majikan kepada 4,200 guru

    Sebahagian guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Selangor. Foto SELANGORKINI

Pembinaan Masjid

  • Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jais dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau pelaksanaan pembinaan masjid dan memastikan ia disiapkan dalam tempoh sepatutnya
  • Sebanyak sembilan masjid dijangka siap pada 2021 iaitu:
    i. Masjid Setia Alam
    ii. Masjid Ar-Rahmah, Kuala Langat
    iii. Masjid Putra Height, Subang Jaya
    iv. Masjid Klang Gate, Gombak
    v. Masjid Taman Alam Jaya, Kuala Selangor
    vi. Masjid As-Solihin, Sungai Burong, Kuala Selangor
    vii. Masjid Seksyen 24, Shah Alam
    viii. Masjid Al-Ikhlas, Taman Bukit Belimbing, Hulu Langat
    ix. Masjid Seksyen 13, Shah Alam

Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

  • Beberapa SRA, MITS dan kompleks Islam dijangka siap pada 2021 iaitu:
    *SRA Denai Alam
    *SRA Ehyaul Falah, Sabak Bernam
    *MITS Pandan Indah, Hulu Langat
    *MITS Bagan Lalang, Sepang
    *Kompleks Islam Daerah Kuala Langat
    *Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin, Kuala Selangor
  • RM7 juta bagi pembangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi, Pandan Indah, Hulu Langat
  • RM5 juta bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi, Bagan Lalang

Program Fast Track Pelajar Tahfiz

  • RM2 juta bagi menaja yuran pengajian dan penginapan dengan sasaran 200 pelajar tahfiz di Selangor untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar mereka dapat menceburi bidang profesional dan teknikal
  • Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pusat Pembanguan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor dan Universiti Selangor

Program Tahfiz TVET/ IKTISASS

  • RM2 juta bagi membiayai latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk melahirkan golongan tahfiz yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi
  • Kerajaan Negeri menyediakan ekosistem dan struktur pembelajaran teknikal yang bersilibus dan memberi pengiktirafan sijil profesional kepada pelajar tahfiz

Pengarang :