Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ untuk mengesan jangkitan virus dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 16 kluster aktif di Selangor, catat lebih 200 kes

SHAH ALAM, 8 JAN: Selangor merekodkan sebanyak 16 kluster aktif Covid-19 setakat semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Facebook KKM, Kluster Dataran Utas mencatat 156 kes baharu, Kluster Tapak Bina Hartamas (48), Kluster Penjara Jalan Harapan (35), Kluster Damai Pelangi (16) dan Kluster Tasik Utama (lima).

Selain itu Kluster Teratai dan Kluster Ehsan Ibol (masing-masing empat), Kluster Lestari dan Kluster Medan (masing-masing tiga) serta Kluster Sungai Putus, Kluster Ceram dan Kluster Tapak Bina Muda (masing-masing dua).

Kluster yang merekodkan satu kes baharu adalah Kluster Hentian, Kluster Perigi, Kluster Pasar Bharu dan Kluster Jalan Satang.

KKM berkata Malaysia merekodkan 570 kluster sejak pendemik tersebut dikesan dengan 316 daripadanya sudah ditamatkan setakat semalam.

Baki 254 kluster masih dipantau KKM dengan 52 kluster daripadanya mencatat kes baharu semalam.

Selangor merekodkan 76 kes baharu dengan lebih 200 kes melibatkan kluster.

Secara keseluruhan Malaysia mencatatkan 3,027 kes baharu Covid-19 semalam, tertinggi sejak pandemik melanda negara.


Pengarang :