Orang ramai mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka di tempat awam ketika tinjauan di ibu kota pada 9 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 17 kluster baharu, 15 babit tempat kerja

SHAH ALAM, 27 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 17 lagi kluster baharu Covid-19  hari ini dengan 15 daripadanya berkaitan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan itu menjadikan keseluruhan kluster dikenal pasti dalam negara sebanyak 770.

“Kluster baharu melibatkan Johor (enam), Kuala Lumpur (empat), Selangor (tiga), Perak (dua) dan satu dicatatkan di Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepanjang penularan pandemik sebanyak 404 kluster telah diisytihar tamat termasuk tujuh hari ini.

“Setakat ini 366 kluster masih aktif manakala 80 kluster mencatatkan pertambahan bilangan kes hari ini.

“Kluster merekodkan jangkitan tertinggi adalah Parit Lanjut dengan 521 kes, Tapak Bina Persiaran Tecoma (157) serta Industri Grisek (144),” katanya.


Pengarang :