Selangorkini
Orang ramai menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Daerah Klang kekal catat kes harian tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 15 JAN: Klang terus kekal menjadi daerah tertinggi merekodkan kes harian Covid-19 apabila mencatat 337 kes hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 230 kes dikesan berlaku di mukim Klang manakala 107 lagi dari mukim Kapar, majoritinya hasil dari saringan pekerja.

Daerah Petaling pada kedudukan kedua merekodkan 295 kes iaitu 93 kes di mukim Petaling, mukim Sungai Buloh (87), mukim Damansara (80) dan mukim Bukit Raja (35).

“Sebanyak 98 kes pula dilaporkan berlaku di Daerah Kuala Langat apabila majoriti kes berlaku di mukim Teluk Panglima Garang dengan 85 kes, sementara mukim Tanjung Dua Belas 1 (lapan), mukim Tanjung Dua Belas 2 (dua) dan mukim Batu, mukim Jugra dan mukim Morib masing-masing satu kes.

“Sepang pula dengan 66 kes iaitu mukim Dengkil dengan 51 kes, mukim Sepang (sembilan) dan mukim Labu (enam),” menurut JKNS melalui perkongsian data di Facebook.

Jabatan itu memaklumkan daerah Gombak pula mengumpul 49 kes dengan mukim Batu 23 kes, mukim Setapak (13), mukim Hulu Kelang (lapan) dan mukim Rawang (lima).

Katanya, Daerah Kuala Selangor pula dengan 27 kes apabila mukim Ijok mencatat 10 kes, mukim Jeram (lima), mukim Bestari Jaya dan Hujung Permatang masing-masing (empat), mukim Kuala Selangor (dua) dan mukim Api-Api dan mukim Tanjung Karang masing-masing satu kes.

“Lapan kes pula dikesan berlaku di daerah Sabak Bernam iaitu mukim Panchang Bedena (lima), mukim Pasir Panjang (dua) dan mukim Sabak (satu). Sementara daerah Hulu Langat pula dengan tujuh kes iaitu mukim Cheras, mukim Kajang masing-masing dua kes manakala mukim Beranang, mukim Hulu Langat dan mukim Semenyih masing-masing satu kes.

“Daerah Hulu Selangor pula hanya satu kes direkodkan iaitu berlaku di mukim Serendah,” katanya.


Pengarang :