Selangorkini
Seorang wanita memakai pelitup muka ketika dia berjalan di Jakarta ekoran penyebaran Covid-19 di Jakarta, Indonesia pada 17 Mac, 2020. – Gambar oleh REUTERS
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 476 lagi kematian, rekod harian tertinggi

JAKARTA, 28 JAN: Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat Covid-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 29,331 orang.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id. daripada 476 kes kematian baharu itu, 200 kes kematian itu direkodkan di wilayah Jawa Barat, 81 kematian di Jawa Tengah, 57 di Jawa Timur, 40 di Jakarta, dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Rekod kematian tertinggi sebelum ini dicatatkan semalam, dengan angkanya menjangkau 387 orang.

Republik itu merekodkan 13,695 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 1,037,993 kes.

– BERNAMA


Pengarang :