Petugas kesihatan melakukan persiapan bagi proses saringan Covid-19 kepada orang ramai ketika tinjauan di Klinik Kesihatan Membedai Labuan pada 6 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu masih empat digit, lima kematian

SHAH ALAM, 9 JAN: Sebanyak 2,451 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 133,559 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 564 kes dengan 342 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sabah pada kedudukan kedua mencatatkan 409 kes sementara Negeri Sembilan sebanyak 351 kes.

“Sebanyak 327 kes pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes) dan Kluster Telok Mas (17).

“Kluster Tembok Gajah melaporkan sembilan kes, Kluster Damai Pelangi (lapan) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Pagar Siput serta Kluster Tembok Choh,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 1,401 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih setakat ini sebanyak 106,832 kes.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 177 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 82 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima kes kematian hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 542 kes,” katanya lagi.


Pengarang :