Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu menurun lebih 3,000, seramai 240 di ICU

SHAH ALAM, 17 JAN: Jangkitan baharu Covid-19 menurun hari ini dengan catatan 3,339 kes menjadikan jumlah keseluruhan 158,434 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah harian itu, 3,324 merupakan kes tempatan dan 15 adalah kes import.

“Terdapat 37,782 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang mana 240 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 93 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Manakala 2,676 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 120,051 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah terdapat tujuh kematian melibatkan enam warganegara dan satu bukan warganegara menjadikan jumlah terkumpul maut akibat Covid-19 ialah 601 orang.


Pengarang :