Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Lebih 3,000 pesakit sembuh, kes baharu 3,048

SHAH ALAM, 25 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 3,048 kes direkodkan hari ini iaitu turun berbanding 3,346 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 186,849 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 3,638 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 145,084.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 41,076 kes.

“Sebanyak 11 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 689,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 261 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 101 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :