Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Lebih 4,000 pesakit sembuh, kes keseluruhan lepasi 190,000

SHAH ALAM, 26 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 3,585 kes direkodkan hari ini iaitu naik berbanding 3,048 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 190,434 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 4,076 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 149,160.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 40,574 kes.

“Sebanyak 11 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 700,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 280 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 111 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :