Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 4 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Malaysia catat 3,680 kes baharu, Johor paling banyak

SHAH ALAM, 27 JAN: Sebanyak 3,680 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam negara hari ini dengan Johor mencatatkan jumlah kes harian paling banyak iaitu 1,069 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,858 pesakit disahkan sembuh daripada wabak dan dibenarkan keluar wad setakat jam 12 tengah hari tadi.

“Daripada semua kes baharu yang dilaporkan, enam kes import membabitkan empat warganegara dan dua bukan warganegara.

“Jumlah kes aktif kini 42,389, 314 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan122 memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan mengenai perkembangan kes Covid-19.

Menurut beliau, tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang maut akibat wabak itu kini 707 orang.

“Kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes dari Selangor, dua kes dari Perak, dan masing-masing satu dari Sarawak dan Sabah. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara,” katanya.

 

 

 


Pengarang :