Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 1,199 kes harian, tujuh kematian

SHAH ALAM, 19 JAN: Selangor kekal menyumbang kes harian Covid-19 tertinggi dengan 1,199 kes dilaporkan hari ini termasuk dua jangkitan import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu membabitkan 33 peratus dari keseluruhan 3,631 kes.

“Sebanyak 277 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 217 dari kluster baharu, kluster Penjara Jalan Sungai Jelok.

“607 kes dicatatkan hasil saringan kontak rapat manakala 313 lagi dari lain-lain saringan,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, Selangor juga merekodkan tujuh kematian membabitkan warganegara berusia antara 48 hingga 74 tahun.

“Kes ini melibatkan lima lelaki dan dua wanita. Lima darinya disahkan meninggal di Hospital Serdang manakala dua lagi masing-masing di Hospital Selayang dan Sungai Buloh.

“Mereka juga mempunyai latar belajang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, jantung, hati dan asma,” katanya.


Pengarang :