Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya pada 4 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 837 kes baharu, turun banding semalam

SHAH ALAM, 13 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor kembali kepada tiga angka hari ini apabila mencatat 837 kes berbanding 1,107 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun negeri itu kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 28 peratus daripada 2,985 kes keseluruhan jangkitan dalam negara.

“605 daripada jumlah kes dikesan melalui kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

“Jumlah ini termasuk 197 kes kluster baharu iaitu kluster Taman Integrasi dan Jalan Ijuk manakala 232 kes menerusi lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Facebook memaklumkan sebanyak 650 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 35,480.

Menurutnya, jumlah kematian kekal 82 orang manakala kes aktif 6,566 daripada 42,128 yang dilaporkan sejak pandemik melanda negara.


Pengarang :