Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor kekal tinggi dengan 1,295 kes, satu kematian

SHAH ALAM, 26 JAN: Selangor catatkan kes harian Covid-19 tertinggi seluruh negara hari ini apabila merekodkan 1,295 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merupakan 36.1 peratus daripada 3,585 kes dicatatkan dalam negara.

“Semua adalah jangkitan tempatan dengan 856 kes dikesan dari saringan kontak rapat, 92 kes dari kluster sedia ada manakala 347 dari lain-lain saringan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan satu kematian di negeri itu membabitkan wanita tempatan berusia 49 tahun.

“Kes ke-184,812 itu disahkan meninggal di Hospital Tanjong Karang dan menghidap sakit epilepsi (sawan),” katanya.


Pengarang :