Selangorkini
Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Semua daerah catat kes baharu, Klang tertinggi 557 kes

SHAH ALAM, 26 JAN: Daerah Klang mencatatkan jumlah harian Covid-19 tertinggi negeri ini dengan 557 kes daripada 1,259 kes dilaporkan hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata mukim Klang mencatatkan 431 kes dengan 293 dikesan melalui saringan kontak rapat manakala mukim Kapar merekodkan 126 kes.

“Sebanyak 267 kes dikesan di daerah Petaling. Dari jumlah itu 117 di mukim Petaling, mukim Damansara (71), mukim Sungai Buloh (50) dan mukim Bukit Raja (29).

“Diikuti daerah Hulu Langat dengan 113 kes membabitkan mukim Kajang (52), mukim Ampang (32), mukim Cheras (15), mukim Semenyih (tujuh), mukim Hulu Langat (empat) dan mukim Beranang (tiga),” katanya menerusi Facebook hari ini.

JKNS memaklumkan sebanyak 84 kes dilaporkan di daerah Sepang dengan 57 di mukim Dengkil, mukim Labu (17) dan mukim Sepang (10) manakala daerah Hulu Selangor mencatatkan 79 kes iaitu 41 di mukim Serendah, mukim Batang kali (14), mukim Hulu Bernam (13), mukim Kalumpang (tujuh), mukim Ampang Pecah (dua) dan satu kes di mukim Rasa dan mukim Hulu Yam.

Menurutnya di daerah Gombak sebanyak 72 dikesan membabitkan mukim Batu (29), mukim Rawang (20), mukim Kuang (10), mukim Setapak (sembilan) dan mukim Hulu Kelang (empat).

“Sebanyak 65 kes direkodkan di daerah Kuala Selangor. 32 kes di mukim Batang Berjuntai, mukim Ijok (22), mukim Jeram (tujuh) dan dua kes di mukim Tanjong Karang dan mukim Api-api.

“Daerah Kuala Langat mencatatkan 37 kes, 21 darinya di mukim Telok Panglima Garang, mukim Tanjong 12 (11), mukim Batu (tiga) manakala mukim Jugra dan mukim Morib catatkan satu kes manakala di daerah Sabak Bernam kesan dua kes, masing-masing di mukim Sabak dan mukim Pancang Bedena,” katanya.


Pengarang :