Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han bersama membantu menjayakan program Dapur Kinrara pada 10 Januari 2021. Foto Facebook Ng Sze Han
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Dapur Kinrara agih makanan percuma kepada penduduk

SHAH ALAM, 15 JAN: Sebanyak 216 pek makanan diagihkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang terjejas susulan penularan Covid-19, Ahad lalu.

Wakil Rakyatnya Ng Sze Han berkata makanan berkonsepkan sayuran itu dimasak oleh sukarelawan Kelab Kebajikan Anak Borneo di Balai Masyarakat MBSJ, Puchong Jaya.

“Seperti sebelum ini, Dapur Kinrara diteruskan lagi untuk menyediakan makanan tengah hari kepada golong yang memerlukan.

“Semoga projek itu dapat meningkatkan semangat kejiranan khususnya di kawasan DUN ini,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Sze Han, beliau tekad meneruskan program membantu penduduk terutama mereka terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai sekitar DUN Kinrara datang ke balai masyarakat tersebut setiap Ahad bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang untuk mengambil makanan secara percuma.


Pengarang :