EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail pada sidang media di Hotel De’ Palma, Shah Alam pada 12 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Tak perlu sijil SSM, pinjaman bantu mulakan niaga

SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman sehingga RM5,000 bagi membantu penduduk Selangor memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

EXCO pembangunan usahawan berkata inisiatif dikenali Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) itu tidak memerlukan pemohon mengemukakan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Pandemik Covid-19 amat memberi kesan terhadap sumber kelangsungan hidup. Bagi membantu peniaga kecil dan penjaja yang baru menceburi bidang keusahawanan, Kerajaan Negeri memperkenalkan skim yang menawarkan pinjaman RM1,000 hingga RM5,000,” kata Rodziah Ismail menerusi Facebook.

Tambah beliau lagi, permohonan boleh dibuat di cawangan pejabat Yayasan Hijrah Selangor, namun disaran membuat temujanji sebelum hadir ke pejabat.

Menurutnya, syarat kelayakan ialah pemohon mesti seorang warganegara dan telah menetap di Selangor tidak kurang lima tahun.

“Dokumen diperlukan ialah dua keping gambar pasport serta salinan kad pengenalan dan penyata bank,” katanya.

 


Pengarang :