Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol kekal RM1.84, diesel naik satu sen

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 15 Jan ini.

Kemententerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel bagaimanapun naik satu sen kepada kepada RM2.02 berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.

“Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :