Sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ), Pelabuhan Klang selepas melakukan pendaratan cemas pagi 1 Januari 2021. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
AGENDANASIONAL

Helikopter persendirian terhempas di Klang, dua mangsa selamat

SHAH ALAM, 1 JAN: Sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ), Pelabuhan Klang selepas melakukan pendaratan cemas pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata bagaimanapun juruterbang, Khairudin Dahlan, 72, dan pembantunya, Moithu Kutti Mohamad, 52, disahkan selamat.

“Helikopter jenis Robinson R66 Turbine itu terhempas di kawasan lapang namun tidak terbakar. Tangan kiri Khairudin cedera manakala Moithu mengalama luka kecil.

“Kedua-dua mangsa stabil dan menerima rawatan awal dari pihak Pelabuhan Barat sebelum dibawa ke hospital,” kata Norazam Khamis menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengerahkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang termasuk seorang pegawai kanan ke lokasi sejurus mendapat penggilan pada jam 10 pagi tadi.

“Satu jentera bomba serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut digerakkan bagi memudahkan urusan kecemasan,” katanya.


Pengarang :