Petugas kesihatan memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas untuk menjalani ujian makmal ketika program Saringan Komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hulu Langat rekod 312 kes Covid-19, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 27 JAN: Hulu Langat menjadi penyumbang tertinggi jumlah kes Covid-19 hari ini selepas merekodkan 312 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata hampir 50 peratus kes dikesan di Kajang (159) manakala Ampang dan Cheras (57), Semenyih (23), Beranang (13) dan Hulu Langat (tiga).

Diikuti 149 kes di Petaling melibatkan 63 jangkitan di Damansara, Petaling (57), Bukit Raja (16) dan Sungai Buloh (13) manakala Sepang mencatatkan 101 kes, 88 daripadanya direkodkan di Dengkil, Labu (10) serta Sepang (tiga).

“Kuala Langat laporkan 88 jangkitan. Sebanyak 50 kes dari Tanjung 12, Telok Panglima Garang (30), Batu dan Bandar (dua), Morib (tiga) manakala satu di Jugra.

“Sebanyak 53 kes direkodkan di Gombak dengan 34 di Batu, Hulu Klang (sembilan), Rawang (enam), Setapak (tiga) dan satu di Kuang. Kes di Klang menurun hari ini kepada 44 kes, 39 di mukim Klang manakala Kapar (lima),” katanya menerusi Facebook hari ini.

JKNS berkata Kuala Selangor melaporkan 21 kes melibatkan 16 di Ijok, Tanjong Karang (tiga) serta satu kes di Batang Berjuntai dan Kuala Selangor.

“Kuala Selangor catat 14 kes dengan sembilan di Serendah manakala Ampang Pecah, Batang Kali, Hulu Bernam, Hulu Yam dan Rasa mencatatkan satu kes sahaja.

“Satu jangkitan direkodkan di Pancang Bedena, Sabak Bernam. Tiga jangkitan import pula dikesan dari Uganda, Dubai dan Taiwan,” katanya.


Pengarang :