Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad bercakap kepada media ketika ditemui pada Majlis Mesra Media Jais di Shah Alam Convention Centre pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais garis panduan khas misi bantuan banjir

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyediakan panduan khas bagi pelaksanaan misi bantuan kepada mangsa terjejas banjir di beberapa negeri.

Pengarahnya berkata panduan itu dengan mengambil kira usaha berterusan jabatan dalam membantu agensi pemantau mengawal penularan Covid-19.

“Jabatan menyedari pelbagai usaha digerakkan beberapa masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaikan misi bantuan kepada mangsa banjir di beberapa daerah negeri berkaitan.

“Semangat untuk membantu perlu diimbangkan dengan semangat mengawal penularan Covid-19 yang berada pada tahap membimbangkan ketika ini,” kata Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan semalam.

Jais turut menyediakan mekanisme kutipan untuk misi berkenaan termasuk bantuan institusi masjid dan surau terjejas melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) di akaun Maybank 562106-718620.

Berikut adalah panduan ditetapkan:

1. Misi bantuan semua masjid pengurusan hendaklah dibuat dengan kerjasama atau pemakluman rasmi secara bertulis kepada Bahagian Pengurusan Masjid, Jais.

2. Misi bantuan oleh masjid institusi, masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah hendaklah dibuat dengan memohon kebenaran rasmi dari Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing dengan mengemukakan
– Lokasi atau tempat spesifik untuk penyaluran bantuan
– Bentuk bantuan yang akan disalurkan
– Tempoh berada di lokasi bantuan
– Jawatankuasa atau anggota terlibat
– Pihak lain yang turut terlibat
– Mendapatkan kebenaran dari Ibu Pejabat Polis Daerah jika peraturan semasa menetapkan syarat sedemikian
– Pematuhan kepada tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan


Pengarang :