Pengarah Jakoa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Zainul Adnan Zainal Abidin ketika program sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam pada 24 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jakoa: Perlu kebenaran masuk kampung Orang Asli ketika pandemik

GOMBAK, 25 JAN: Mana-mana pihak yang mahu masuk ke 74 perkampungan Orang Asli di negeri ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Pengarah Jakoa Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata tindakan itu perlu bagi mengekang dan memutuskan rantai Covid-19 selain menjamin keselamatan golongan minoriti tersebut.

“Jika kehadiran tidak memudaratkan penduduk Orang Asli, kebenaran akan diberikan dengan jumlah yang dihadkan.

“Begitu juga dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang datang menghulurkan bantuan. Semua yang mahu datang perlu dapatkan kebenaran dari Jakoa atau Majlis Keselamatan daerah,” kata Zainul Adnan Zainal Abidin.

Semalam, beliau mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagihkan bantuan kepada 36 keluarga Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam.

Setiap keluarga diberi makanan kering seperti beras, minyak, ayam, sayuran serta ikan bagi membantu mereka berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarang :