Pegawai kesihatan menjalankan tugas di asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan Top Glove di Meru pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan Covid-19 di Selangor turun tiga digit, catat 776 kes

SHAH ALAM, 1 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor turun tiga digit hari ini berbanding 1,205 kes semalam dengan catatan 776 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata negeri ini merekodkan kes harian tertinggi iaitu 37.5 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

“Daripada jumlah baharu itu 311 kes daripada saringan kontak rapat kes positif, 114 kes dari kluster sedia ada dan 351 kes lagi dari lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melaporkan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negeri ini ialah 33,169 kes dengan 22,829 pulih.

Tambahnya, jumlah kematian ialah 46 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 10,294.


Pengarang :