Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media pengumuman kejayaan Kempen e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega secara maya pada 18 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kempen e-bazar mungkin diteruskan, banyak pihak peroleh manfaat – MB

SHAH ALAM, 18 JAN: Kempen e-bazar mungkin akan diteruskan susulan impak positif pada ekonomi negeri, peniaga serta rakyat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bagaimanapun pihaknya akan mengutamakan kelestarian perkembangan ekonomi berbanding penganjuran kempen.

“Tunggu pengumuman seterusnya. e-bazar Raya dan e-Bazar 11.11 catat keputusan yang bagus. Kita akan cuba laksanakan lagi masa hadapan cuma kena tunggu.

“Selepas ini sambutan Tahun Baru Cina dan Aidilfitri mungkin kita boleh anjurkan,” katanya pada sidang media dalam talian mengumumkan kejayaan kempen berkenaan hari ini.

Tahun lalu, Kerajaan Selangor melancarkan dua kempen e-Bazar dengan peruntukan baucar bernilai RM3 juta bagi membantu peniaga berdepan krisis ekonomi berikutan penularan Covid-19.

Kempen e-Bazar Raya Selangor bersama Shopee pada Mei hingga Julai yang mencatat pulangan RM341.5 juta, melebihi sasaran awal RM8 juta manakala e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega padda Oktober hingga Disember catat kesan jualan (ripple effect) berjumlah RM1.04 bilion kepada ekonomi negeri.


Pengarang :