EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim meneliti kualiti barangan yang dijual di pasar tani Seksyen 13, Shah Alam pada 31 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan Negeri bangun industri makanan ternakan berasaskan sawit

SHAH ALAM, 31 JAN: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia untuk membangunkan industri pembekalan makanan ternakan tempatan.

EXCO pertanian dan asas tani berkata penghasilan produk tempatan berasaskan batang dan pelepah kelapa sawit mengurangkan kebergantungan import makanan lembu dan kambing.

“Kajian dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac, selepas ini kita boleh gunakan produk tempatan yang lebih tinggi kandungan protein berbanding produk luar negara.

“Selain sawit, inovasi pertanian membolehkan jerami diproses sebagai makanan ternakan. Produk ini menawarkan kos lebih murah malah kandungan khasiat yang tinggi membantu tumbesaran haiwan ternakan,” kata Ir Izham Hashim selepas meninjau pasar tani di pekarangan Stadium Shah Alam hari ini.

Beliau menambah Kerajaan Negeri komited bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian.

Pada Mac 2019, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub Asas Tani berkata Malaysia berbelanja RM3.2 bilion untuk mengimport makanan ternakan berasaskan jagung dan soya setiap tahun.


Pengarang :