Suasana di sekitar ibu kota yang biasanya sibuk dan penuh dengan warga kota kelihatan lengang ketika tinjauan pada 21 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan pertimbang SOP ketat, PM umum keputusan Isnin

SHAH ALAM, 8 JAN: Kerajaan mempertimbang pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) lebih ketat terutama sektor sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu juga untuk mengurangkan pergerakan susulan kebimbangan peningkatan kes mutakhir ini.

“Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau menambah pengumuman berkaitan perkara tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin depan.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia meramalkan gelombang ketiga Covid-19 boleh meningkat secara mendadak kepada 5,000 kes sehari menjelang minggu ketiga Februari.

Kementerian itu turut menjangka kes melonjak kepada 8,000 sehari pada Mac jika nilai kebolehjangkitan melepasi kadar 1.2.

 

 

 


Pengarang :