Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor catat tiga angka

SHAH ALAM, 24 JAN: Selangor merekodkan 950 kes baharu Covid-19, menurun berbanding 1,421 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan kluster mencatat 323 kes, saringan kontak rapat (482), saringan lapangan (144) dan kes import (satu).

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan Kluster Jalan Sebelas melibatkan pekerja kilang di Seri Kembangan.

“Setakat hari ini seramai 75 individu disaring dengan 83 daripada mereka dikesan positif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 3,346 kes menjadikan jumlah keseluruhan 183,801 kes dengan 41,677 daripadanya kes aktif.


Pengarang :