Seorang pekerja asing diperiksa suhu badan ketika beratur untuk pemeriksaan dengan pihak berkuasa kesihatan di pasar baharu susulan penularan Covid-19 di Bangkok, Thailand pada 22 Disember 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Kes Covid-19 seluruh dunia kini lebih 93 juta

MOSCOW, 15 JAN: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah melebihi 93 juta, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut data Johns Hopkins University pada Jumaat jumlah sebenar kes ialah 93,018,040 dengan lebih 1.99 juta kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.

– BERNAMA


Pengarang :