Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 di Selangor kembali empat angka

SHAH ALAM, 12 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor melonjak kepada 1,107 kes berbanding 557 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan kluster menyumbang 363 kes termasuk 92 kes kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manan dan Kluster Persiaran Kuala.

“Kes di Selangor juga dikesan menerusi saringan kontak rapat (462 kes), saringan lain-lain (181 kes) dan kes import (satu kes),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi apabila 3,309 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dengan meningkat kepada 30,390 kes.

Negara turut merekodkan 1,469 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya sebanyak 110,584 kes (78.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.


Pengarang :