Petugas kesihatan memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas untuk menjalani ujian makmal ketika program Saringan Komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Kes harian Covid-19 kembali empat digit di Selangor

SHAH ALAM, 16 JAN: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor kembali kepada empat digit iaitu 1,466 kes berbanding 889 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu meletakkan Selangor kekal sebagai negeri merekodkan kes harian tertinggi dalam negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,161 kes bersamaan 79.2 peratus adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 1,412 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan pulih 38,287 orang.

Tambahnya, satu kematian dilaporkan menjadi jumlah keseluruhan maut sebanyak 90 orang manakala terdapat 7,142 kes sedang dirawat.

 


Pengarang :