AGENDANASIONAL

KKM jelaskan takrifan kontak rapat Covid-19

SHAH ALAM, 7 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif memperincikan takrifan kontak rapat kes positif Covid-19 berikutan peningkatan jangkitan wabak dalam kalangan masyarakat baru-baru ini.

Menurut Twitter KKM, kontak rapat ialah individu yang berhubung secara langsung dengan pesakit Covid-19 dalam tempoh 14 hari kebelakangan.

Golongan berisiko adalah:

– Individu yang pernah bersemuka dengan jarak kurang satu meter dan bersentuhan dengan pesakit dalam tempoh 14 hari kebelakangan
– Petugas kesihatan yang pernah merawat kes positif tanpa memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE)
– Individu yang pernah tinggal serumah dengan pesakit
– Individu yang pernah duduk kurang satu meter dengan pesakit seperti di pejabat, kelas, rumah ibadat dan kedai
– Individu yang pernah mengembara bersama dan duduk berdekatan dengan pesakit sepanjang perjalanan

Jelas KKM, pejabat kesihatan daerah akan menghubungi kontak rapat untuk melakukan ujian saringan.

Kontak rapat yang bergejala akan diuruskan sebagai pesakit bawah siasatan (PUI) manakala tidak bergejala pesakit dalam pemantauan (PUS).

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1347055461552451584?ref_src=twsrc%5Etfw”


Pengarang :