Penghuni kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 November 2020 dilihat memberikan kerjasama yang baik kepada petugas kesihatan untuk menjalani saringan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM kesan lima kluster baharu Covid-19, dua di Selangor

SHAH ALAM, 10 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, dua daripadanya di Selangor.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Tapak Bina Cyber tercetus di Sepang, Petaling, Klang dan Hulu Langat manakala kluster Texmile di Gombak.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kluster Tapak Bina Cyber dikesan positif pada 31 Disember hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

“Sehingga hari ini, seramai 140 individu disaring dengan 67 positif,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata kes kluster Texmile diuji positif semalam hasil saringan bersasar melibatkan 351 individu di sebuah kilang. Seramai 19 orang dijangkiti wabak setakat ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 586 kluster dilaporkan setakat ini dengan 332 kluster tamat manakala 254 lagi adalah kluster aktif yang dipantau.

Berikut perincian kluster baharu yang direkodkan hari ini:

1. Kluster Jalan Sibuga – Kluster di Sandakan, Sabah hasil saringan individu bergejala

2. Kluster Alor Durian – Kluster melibatkan Tumpat dan Kota Bharu di Kelantan hasil saringan rentas negeri

3. Kluster Wakaf Lanas – Kluster melibatkan Pasir Puteh di Kelantan hasil saringan rentas negeri


Pengarang :