Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 12 November 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

KKM: Selangor catat 965 jangkitan baharu Covid-19

SHAH ALAM, 6 JAN: Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 965 kes termasuk satu jangkitan import.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu merupakan 37.2 peratus daripada keseluruan 2,593 kes dilaporkan negara ini.

“Sebanyak 894 kes iaitu 92.6 peratus dikesan daripada kluster sedia ada serta saringan kontak rapat yang aktif dijalankan.

“Jumlah itu juga termasuk 124 kes dari empat kluster baharu dilaporkan hari ini manakala 70 kes lain dikesan dari lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, terdapat satu kematian baharu dilaporkan dari negeri ini membabitkan lelaki tempatan berusia 73 tahun.

“Kes ke-111,987 mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manisdan buah pinggang kronik,” katanya.

 


Pengarang :