Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibasahi hujan selepas melakukan proses sanitasi di pos kawalan Asrama Pekerja Wanita Top Glove Corporation Bhd yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Abadi 7 Meru Klang pada 24 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang catat 397 kes baharu, naik hampir empat kali ganda

SHAH ALAM, 10 JAN: Kes baharu Covid-19 di Klang meningkat hampir empat kali ganda kepada 397 kes hari ini berbanding 99 kes semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, sebanyak 215 kes dikesan di mukim Klang dan manakala 182 kes lagi di Kapar, majoriti hasil saringan pekerja.

Agensi itu berkata Gombak pula merekodkan 87 kes dengan 36 daripadanya di mukim Batu, Rawang (29), Kuang (11), Setapak (enam) dan Hulu Kelang (lima).

“Hulu Langat pula mengumpul 81 kes iaitu 54 kes di mukim Kajang, Cheras (10), Semenyih (sembilan) dan Ampang (lapan).

Petugas kesihatan membuat saringan Covid-19 ke atas penduduk Klang di Taman Bayu Perdana pada 23 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Sebanyak 53 kes dikesan di Kuala Langat meliputi 34 kes di mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2) (lapan), Telok Panglima Garang (tujuh) serta Bandar dan Morib masing-masing dua,” tulis agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah sebanyak 20 daripada 52 kes di Petaling dikesan di mukim Sungai Buloh manakala Petaling (15), Damansara (11) dan Bukit Raja (enam).

Menurutnya, Sepang yang menyumbang jumlah kes terbanyak semalam mencatatkan 45 kes iaitu 32 di mukim Dengkil, Sepang (11) dan Labu (dua).

“Hulu Selangor merekodkan lapan kes, masing-masing dua di mukim Ampang Pecah, Rasa dan Serendah manakala Batang Kali serta Hulu Bernam (satu).

“Tiga daripada tujuh kes di Kuala Selangor pula dicatatkan di mukim Ijok, Jeram (dua) serta Bestari Jaya dan Kuala Selangor (satu),” kata jabatan itu.


Pengarang :