Orang ramai terutama penduduk Selangor melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu ketika tinjauan di sebuah klinik swasta di Seksyen 7 Shah Alam pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang catat kes harian Covid-19 tertinggi empat hari berturut

SHAH ALAM, 13 JAN: Sebanyak 227 kes baharu Covid-19 direkodkan di Klang hari ini berbanding 457 semalam, maklum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Data agensi itu bagaimanapun menunjukkan daerah terbabit kekal mencatat jumlah kes tertinggi selama empat hari berturut-turut.

Menurutnya, sebanyak 123 kes dikesan di mukim Kapar manakala 104 lagi di Klang, majoriti hasil saringan pekerja dan kontak rapat.

“Gombak pada kedudukan kedua mencatat 219 kes dengan 176 daripadanya di Rawang, Batu (26), Hulu Kelang (lapan), Kuang (lima) dan Setapak (empat).

“Sebanyak 79 daripada 161 kes yang dikesan di Hulu Langat membabitkan mukim Kajang, Ampang (35), Semenyih (23), Cheras (20), Hulu Langat (tiga) dan Beranang (satu),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Jabatan itu menambah Petaling mencatat 110 kes iaitu 96 di mukim Damansara, Sungai Buloh (sembilan), Petaling (tiga) dan Bukit Raja (dua).

Katanya, sebanyak 47 kes direkodkan di Kuala Langat membabitkan 23 di Telok Panglima Garang, Tanjung 12 (II) (12), Tanjung 12 (I) (lapan), Morib (tiga) dan Jugra (satu).

“Sepang pula mengumpul 41 kes, 34 daripadanya di mukim Dengkil, Labu (enam) dan Sepang (satu).

“Sebanyak 27 kes di Kuala Selangor, masing-masing sembilan kes di Ijok dan Jeram manakala Bestari Jaya (sembilan), Kuala Selangor (dua), Api-Api serta Tanjung Karang (satu),” tambahnya.

Agensi itu turut memaklumkan tiga kes dilaporkan di Sabak Bernam meliputi mukim Pasir Panjang (dua) dan Panchang Bedena (satu) manakala dua kes di Hulu Selangor membabitkan mukim Serendah.


Pengarang :