Penduduk sekitar Klang menyukat suhu sebelum memulakan proses saringan Covid-19 di Taman Bayu Perdana pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang daerah tertinggi catat kes harian Covid-19

SHAH ALAM, 4 JAN: Klang menjadi daerah dengan jangkitan baharu Covid-19 tertinggi apabila mencatat 278 daripada 687 kes di Selangor hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan 179 kes dikesan di mukim Klang manakala Kapar (99), kebanyakan hasil saringan pekerja dan kontak rapat.

Menurutnya, Hulu Langat pada kedudukan kedua mengumpul 179 kes iaitu 88 di Semenyih, Ampang (29), Cheras (28), Kajang (27), Hulu Langat (tiga) dan Beranang (dua).

“Sebanyak 76 kes direkodkan di Gombak dengan 48 di Batu, Hulu Kelang (13), Rawang (lapan), Setapak (empat) dan Kuang (tiga).

“Petaling pula mencatat 48 kes dengan 31 di Damansara, Sungai Buloh (sembilan) dan Petaling (lapan),” kata JKNS menerusi Facebook.

Agensi itu berkata sebanyak 42 kes positif dikesan di Kuala Langat membabitkan 21 di mukim Tanjung Dua Belas I, Telong Panglima Garang (14), Tanjung Dua Belas II dan Morib (masing-masing tiga) serta Bandar (satu).

Katanya, Sepang mengumpul 37 kes iaitu 29 di Dengkil, Labu (enam) dan Sepang (dua) manakala 21 jangkitan di Hulu Selangor meliputi Ampang Pecah serta Serendah (sembilan), Batang Kali (dua) dan Rasa (satu).

“Sebanyak lima kes dilaporkan di Kuala Selangor iaitu empat di Ijok dan Jeram (satu) manakala Sabak Bernam pula satu kes di Panchang Bedena,” katanya.


Pengarang :