Penduduk sekitar Klang hadir menjalani saringan Covid-19 percuma secara bersasar di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana, Klang pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Klang rekod kes Covid-19 tertinggi tiga hari berturut

SHAH ALAM, 1 JAN: Klang menyumbang kepada peningkatan ketara kes Covid-19 di Selangor semalam apabila merekodkan 914 jangkitan.

Perkembangan itu menjadikan Klang kekal sebagai daerah yang mencatat jumlah kes tertinggi untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 598 kes dikesan di mukim Kapar manakala Klang (316) dengan kebanyakan hasil saringan kontak rapat dan pekerja.

“Sejumlah 93 kes direkodkan di Petaling membabitkan 42 jangkitan di mukim Petaling, Damansara (27) serta Bukit Raja dan Sungai Buloh masing-masing (12).

“Hulu Langat pula mencatat 88 kes iaitu mukim Kajang (32), Ampang (25), Cheras (22), Semenyih (lapan) dan Hulu Langat (satu),” menurut JKNS di Facebook.

Agensi itu memaklumkan Gombak mencatat 49 kes dengan 31 daripadanya membabitkan mukim Batu, Setapak (10), Hulu Kelang (lima) dan Rawang (tiga) manakala 23 kes di Sepang iaitu Dengkil (20) dan Sepang (tiga).

Katanya, Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing mengumpul 14 kes iaitu Serendah (12), Ampang Pecah serta Batang kali (satu) manakala Telok Panglima Garang (sembilan) dan Tanjung Dua Belas (1) (lima).

“Sebanyak lapan kes direkodkan di Sabak Bernam iaitu Pasir Panjang (lima), Panchang Bedena (dua) dan Sabak (satu) manakala dua kes di Kuala Selangor meliputi Jeram serta Tanjung Karang,” katanya.

Hari terakhir 2020 menyaksikan kes positif di Selangor melonjak kepada empat angka apabila mencatat 1,205 menjadikan keseluruhannya 32,393 sejak pandemik melanda negara.


Pengarang :