Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Mlaysia Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster baharu babit tahanan dikesan di Selangor

SHAH ALAM, 19 JAN: Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor melibatkan tahanan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Penjara Jalan Sungai Jelok di Hulu Langat itu merekodkan 217 kes positif setakat ini.

“Kluster ini baharu dikesan hari ini hasil saringan bersasar di Penjara Wanita Kajang.

“Seramai 439 individu telah disaring dan 217 disahkan positif,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan Selangor kekal menjadi penyumbang kes harian Covid-19 tertinggi selepas 1,199 kes dilaporkan.


Pengarang :