Selangorkini
Wong Siew Ki (kanan) bersama pegawai Jabatan Kejuruteraan MPKj melihat pelan pembinaan kolam takungan di Jalan 5, Taman Murni Batu 9, Cheras pada 7 Januari 2021. Foto ihsan Wong Siew Ki
ADN SELANGOR

Kolam takungan RM1.6 juta atasi banjir kilat Taman Murni

SHAH ALAM, 10 JAN: Sebanyak RM1.6 juta dibelanja bagi membina kolam takungan di Jalan 5, Taman Murni, Batu 9, Cheras yang berfungsi menampung air banjir.

Wakil rakyat Balakong berkata projek melalui peruntukan Majlis Perbandaran Kajang dijangka bermula April dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Wong Siew Ki memaklumkan kolam tersebut mampu menampung 900 meter padu air hujan sekali gus menangani banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan terbabit.

“Kertas kerja sudah siap untuk dibawa ke mesyuarat kewangan bulan ini dan selepas itu tender akan dibuka. Kita berharap semua perancangan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sistem perparitan di kawasan berhampiran juga dinaik taraf untuk memperlahankan air hujan memasuki kawasan taman dan kolam takungan terbabit.

“Saya percaya projek ini mampu mengurangkan banjir kilat dan meleraikan keresahan penduduk lebih 20 tahun,” katanya lagi.


Pengarang :