Mais mengagihkan sejumlah RM81,700 kutipan fidyah kepada golongan memerlukan di enam daerah. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Lebih RM80,000 kutipan fidyah diagih enam daerah

SHAH ALAM, 1 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sejumlah RM81,700 kutipan fidyah kepada golongan memerlukan di enam daerah.

Agensi berkata sumbangan berupa barangan kering diberikan kepada penerima layak sekitar Klang, Petaling, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat serta Hulu Selangor.

“Setiap mereka mendapat beras, gula, minyak, tepung dan susu bernilai RM100. Diharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan memerlukan terutama yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Bantuan turut diagih kepada 88 penduduk di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) November lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Agensi berkata proses agihan mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) dan masjid daerah terlibat.

Katanya orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web Mais di www.mais.gov.my atau membuat bayaran menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php .

 


Pengarang :