Petugas kesihatan giat melakukan saringan serta pengambilan sampel bagi mengesan jangkitan Covid-19 ke atas penduduk Kampung Gersik, Labuan pada 26 Oktober 2020 berikutan peningkatan kes di pulau bebas cukai itu. Foto BERNAMA
AGENSI SELANGOR

Lebih separuh kes baharu Covid-19 di Selangor dari Petaling

SHAH ALAM, 20 JAN: Lebih separuh kes baharu Covid-19 di Selangor dari Petaling apabila daerah itu mencatatkan 794 daripada 1,391 kes seluruh negeri.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata peningkatan kes dikesan di mukim Petaling iaitu 296 kes diikuti mukim Sungai Buloh (275) dan mukim Damansara (146).

“Hulu Langat berada di kedudukan kedua tertinggi apabila merekodkan 238 kes baharu, majoriti kes positif Covid-19 berpunca dari saringan kontak rapat.

“Klang pula dengan 162 kes iaitu mukim Kapar 93 kes dan mukim Klang dengan 69. Sementara Kuala Selangor pula 115 kes dan tertinggi berlaku di mukim Ijok dengan 59 kes,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, Gombak mencatat 42 kes diikuti Hulu Selangor (31), Kuala Langat (23), Sepang (30) dan Sabak Bernam (satu).

Hari ini, Selangor merekodkan 1,391 kes baharu Covid-19 serta empat kematian. Sementara itu terdapat 644 kes sembuh, 9,220 kes aktif dan 102 kematian.


Pengarang :