Sekumpulan petugas kesihatan Labuan kelihatan bersedia untuk tugasan mengambil sampel dan saringan Covid-19 di kawasan sasaran Kluster Saguking pada 16 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

SHAH ALAM, 9 JAN: Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam negara hari ini membabitkan Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Terengganu.

Ketua pengarah kesihatan berkata perkembangan itu menjadikan bilangan keseluruhan kluster mencecah 581 manakala kluster aktif yang dipantau 256.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 kluster mencatat pertambahan kes hari ini.

“Kluster yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah kluster Penjara Jalan Harapan (281 kes), kluster Beringin (226 kes) dan kluster Jalan Perindustrian (115 kes),” katanya dalam kenyataan.

Berikut perincian kluster baharu:

1. Kluster Mikro – Kluster tempat kerja melibatkan Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi di Johor

2. Kluster Symphony Magazine – Kluster melibatkan Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang

3. Kluster Pasai – Kluster melibatkan Sibu dan Mukah di Sarawak

4. Kluster Teknologi Kesidang – Kluster tempat kerja melibatkan Melaka Tengah di Melaka

5. Kluster Palut – Kluster melibatkan Dungun di Terengganu


Pengarang :