Selangorkini
AGENSI SELANGOR

Mais sedia khidmat dalam talian sepanjang PKP

SHAH ALAM, 12 JAN: Sebarang urusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melibatkan pertemuan dengan orang ramai ditangguhkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok.

Agensi berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan secara dalam talian melibatkan permohonan wasiat (e-Wasiat), e-Aduan, katalog hartanah Mais, sumbangan sedekah dan bayaran premis/tanah Baitulmal.

“Selain itu, khidmat ini turut membabitkan sewaan hartanah, bayaran utiliti premis Mais, bayaran tebus pusaka, sumbangan Saham Wakaf Selangor, sumbangan anak yatim, penyerahan wang tidak patuh syariah dan penyerahan wang orang berhutang.⁣

“Manakala operasi di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah berjalan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.⁣

Tambahnya, orang ramai masih boleh berurusan dengan Mais menerusi pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuk sesawang rasmi http://www.mais.gov.my.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Januari.


Pengarang :