Selangorkini
Ahli jawatankuasa keselamatan masjid, Ahmad Riduan Ahmad fadzli, 48, memastikan operasi masjid mengikut tatacara operasi piawai semasa tinjauan di Masjid Jami’ilhuda Kampung Melayu, Ampang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 pada 14 Januari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Masjid, surau perlu sediakan ruang solat musafir – Jais

SHAH ALAM, 16 JAN: Semua masjid dan surau negeri ini terutama berhampiran laluan utama diminta menyediakan ruang khas bagi memberi membolehkan musafir menunaikan solat fardu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata tindakan itu sebagai kelonggaran untuk memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan.

“Ruang ini ini disediakan hanya untuk solat namun tanpa sejadah dan hanya satu laluan khas dibuka untuk ke ruang ini.

“Pentadbir masjid akan menetapkan panduan kepada musafir urusan urusan berwuduk, sanitasi, daftar kehadiran dan menjaga penjarakan fizikal jika melibatkan pihak lain,” kata Datuk Mohd Shahzihan Ahmad kepada SelangorKini hari ini.

Menurutnya, ruang solat utama hanya dibuka ketika solat fardu yang didirikan lima pentadbir seperti ditetapkan.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor bermula Rabu lalu, solat Jumaat dan fardu secara berjemaah di 425 masjid dan 278 surau ditangguhkan.

Turut dilarang sepanjang tempoh PKP adalah aktiviti kuliah, ceramah dan tazkirah.


Pengarang :