Selangorkini
Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) melawat khemah tekanan rendah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada 19 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

MB iringi PM lawat pusat kuarantin di Maeps

SEPANG, 19 JAN: Dato’ Menteri Besar mengiringi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersiko Rendah (PKRC) di Serdang hari ini.

Selain Dato’ Seri Amirudin Shari, turut sama ke pusat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Muhyiddin yang tiba di sini pada jam 5 petang, meluangkan masa hampir sejam mendengar taklimat serta melawat pesakit Covid-19.

Sebelum ini, pusat berkaitan dibuka pada Mac tahun lalu tetapi ditutup pada Julai namun beroperasi kembali pada 6 Disember dan dikenali PKRC Maeps 2.0.

Kini sebanyak 9,000 katil disediakan bagi menempatkan pesakit Covid-19 berisiko rendah.

Amirudin Shari ketika ditemui SelangorKini berasa yakin pusat berkenaan mampu menangani beban hospital bagi mengurangkan jumlah pesakit.


Pengarang :